Diagnosis kanser Leukemia Mieloid Akut adalah sangat mencabarkan, kerana penyakit ini biasanya berlaku dengan cepat. Ini boleh menyebabkan mereka berasa cemas dan terasing. Oleh itu, apakah yang boleh dilakukan untuk menghadapi perubahan mendadak ini?
Apakah itu ujian darah? Bagaimanakah darah akan diambil? Apakah persediaan yang boleh saya buat? Carikan jawapan kepada soalan-soalan ini dan banyak lagi.
Carikan maklumat mengenai ujian sumsum tulang, cara penyediaan dan banyak lagi.
Sama ada anda atau orang tersayang yang menghidap Leukemia Mieloid Akut, ingatlah bahawa orang lain juga mengalami penyakit yang sama. Terdapat kumpulan-kumpulan sokongan yang baik dan maklumat lanjut yang boleh membantu anda. Anda boleh melayari laman ini untuk mendengar pengalaman orang lain dan berkongsi kehidupan AML anda.
Saya telah didiagnosi kanser darah yang dipanggil Leukemia Mieloid Akut
Pelbagai emosi yang anda rasai selepas diagnosis kanser adalah biasa. Ini bergantung kepada cara anda mangatasi tekanan - sesetengah orang mengambil kaedah praktikal, manakala sesetengah orang lagi mendapati pelepasan emosi boleh membantu mereka untuk mengatasi tekanan ini.
Mungkin anda tidak tahu bagaimana untuk berasa dan itu OK juga. Yang paling penting untuk diingati ialah anda tidak keseorangan.
Sesetengah orang mendapati bahawa berbual dengan ahli keluarga dan kawan-kawan tentang emosi mereka terhadap diagnosis dan rawatan dapat membantu mereka. Namun, setiap orang adalah berbeza dari segi tahap perkongsian diagnosis mereka dengan orang selain daripada ahli keluarga terdekat mereka. Buatlah apa yang anda berasa paling selesa untuk anda.
Jika anda menghadapi kesukaran untuk meluahkan emosi anda, anda mungkin boleh cuba untuk menyampaikan perasaan anda dengan cara-cara lain – seperti melalui penulisan, lukisan, atau kasih sayang secara fizikal.
Jika emosi anda terlalu sukar untuk diatasi, maklumkan kepada doktor atau jururawat anda. Mereka pernah membantu orang lain yang berada dalam situasi yang sama dan mereka dapat membantu anda untuk mengatasi emosi anda.
Banyak maklumat yang disediakan untuk anda di sini. Para doktor dan jururawat anda akan menerangkan maklumat ini seberapa banyak kali yang diperlukan, kerana terdapat banyak maklumat yang perlu difahami.
Jangan teragak-agak untuk menghubungi mereka jika anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan.
Tahap kejejasan AML bagi setiap orang adalah berbeza apabila mendapati orang tersayang didiagnosi dengan AML dan perasaan beremosi ini adalah biasa. Ingatlah bahawa AML ialah kanser yang bertindak pantas dan tiada apa yang boleh anda lakukan untuk mengesannya dengan awal. Jangan risau jika anda tidak tahu bagaimana untuk meluahkan kata-kata yang menggalakkan; hanya berada dengan rakan atau ahli keluarga anda dapat membantu mereka.
Fikirkan cara praktikal yang anda boleh membantu orang tersayang dan tawarkan niat untuk melakukan tugas-tugas khusus - seperti membawa makanan, mencuci pakaian atau berjalan dengan anjing. Semasa anda memikirkan soalan untuk bertanyakan doktor atau jururawat, anda boleh tuliskannya. Orang tersayang anda mungkin berasa sedih, dan sebarang soalan yang anda fikirkan juga dapat membantu mereka. Jangan teragak-agak untuk menghubungi doktor atau jururawat orang tersayang anda jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan.
Orang tersayang anda mungkin berada di hospital dalam jangka masa yang panjang – ingatlah untuk bertemu dengan doktor untuk memahami tempoh masa dan sebabnya. Ingatlah untuk menjaga diri sendiri juga semasa menjaga rakan atau ahli keluarga anda. Cuba mengikut rutin harian sebanyak mungkin, makan secara tetap, sasarkan untuk mendapat tidur malam yang mencukupi. Melatihkan kesedaran dan mengekalkan kehidupan yang aktif akan membantu anda mencapai jadual yang seimbang dan meningkatkan kualiti tidur.
Kadangkala mendengar daripada orang yang telah melalui pengalaman AML yang serupa boleh membantu anda
Karen, seorang jururawat AML, berucap tentang diagnosis AML dan langkah-langkah yang terlibat
Alisdair telah didiagnosi dengan AML pada Januari 2016. Dengarkan Alisdair berucap tentang diagnosisnya dan cara-cara dia mengatasinya.
Samantha telah didiagnosi dengan AML pada 2016. Dengarkan Sam berucap mengenai pengalaman AML dia.
Matlamat semasa merawat AML adalah untuk mencapai 'remisi'.1,2
Remisi berlaku apabila badan tidak lagi menghasilkan sel putih yang tidak normal atau bilangan sel putih yang tidak normal adalah sangat rendah sehingga capai tahap yang tidak membimbangkan.1
Malangnya, selepas rawatan, badan mungkin akan menghasilkan jumlah sel darah putih tidak normal yang tinggi. Apabila keadaan ini berlaku, ia dipanggil sebagai relaps’.3
Relaps didiagnosi melalui ujian teliti, seperti ujian awal semasa diagnosis.4 Mengalami relaps adalah mengecewakan, dan ini mungkin berlaku atas beberapa sebab. Contohnya, AML mungkin melawan rawatan awal atau rawatan tersebut tidak dapat menghapuskan kesemua sel AML.5 Bercakaplah dengan doktor anda untuk memahami relaps anda dan mereka akan mengesyorkan rawatan yang terbaik.5
Jika anda mempunyai sebarang perkataan atau istilah yang anda tidak fahami, Panduan Penerangan Terminologi kami boleh membantu anda.
Apakah itu ujian darah? Bagaimanakah darah akan diambil? Apakah persediaan yang boleh saya buat? Carikan jawapan kepada soalan-soalan ini dan banyak lagi.
Carikan maklumat mengenai ujian sumsum tulang, cara penyediaan dan banyak lagi.
1. MacMillan Cancer Support. Acute myeloid leukaemia (AML). https://www.macmillan.org.uk/cancer-information-and-support/leukaemia/acutemyeloid-leukaemia-aml [Last accessed: July 2023]
2. MacMillan Cancer Support. Acute Myeloid Leukaemia (Leukemia) Relapse. https://www.macmillan.org.uk/cancer-information-and-support/leukaemia/acutemyeloid-leukaemia-aml-relapse [Last accessed: July 2023].
3. Leukemia & Lymphoma Society®. Acute Myeloid Leukemia in Adults. https://www.lls.org/leukemia/acute-myeloid-leukemia [Last accessed: July 2023]
4. Thol F, Gancer A. Treatment of Relapsed Acute Myeloid Leukemia. Current Treatment Options in Oncology. 2020; 21:66
5. Leukaemia Care. Relapse in Acute Myeloid Leukaemia (AML). https://media.leukaemiacare.org.uk/wp-content/uploads/Relapse-in-Acute-Myeloid-Leukaemia-AML-Web-Version.pdf [Last accessed: July 2023]