Saya hidup dengan AML 

Anda mungkin berasa pelbagai emosi selepas pulang rumah daripada rawatan AML. Walau bagaimanapun, ingat bahawa walaupun anda pulang ke rumah, anda masih berada di bawah jagaan pasukan hematologi anda.

Anda bukan keseorangan.

Tidak kira bagaimana anda berasa, sila ketahui bahawa anda bukan bersendirian. Ramai orang lain di luar sana yang pernah, atau sedang mengalami pengalaman yang sama dengan anda.1 Anda boleh menghubungi mereka yang berada dalam situasi yang sama dengan anda. Tanya jururawat anda untuk mendapatkan maklumat tentang kumpulan sokongan dekat anda.

Adakah saya akan berjumpa doktor saya? 

Terdapat banyak sebab mengapa pasukan hematologi anda masih akan jumpa anda secara rutin, seperti: 

1. PENGUJIAN 

Anda mungkin akan menjalani ujian darah biasa dan ujian sumsum tulang sekali-kala1 untuk memeriksa kiraan darah anda dan memantau AML anda.2

2. RAWATAN BUKAN KANSER 

Anda mungkin memerlukan rawatan tambahan, seperti transfusi darah dan platelet. 

3. PEMERIKSAAN RUTIN

Doktor anda akan menjadualkan temu janji pesakit luar untuk memantau perkembangan anda selepas rawatan.

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan, ingat bahawa anda boleh menghubungi jururawat anda. Mereka memahami bahawa ini merupakan satu peralihan yang sukar, dan mereka sentiasa ada untuk menyokong anda. 

Banyak hospital juga mempunyai talian 24 jam - ingat untuk menggunakannya. Jika anda mempunyai sebarang gejala yang membimbangkan, jangan tunggu temu janji anda yang seterusnya, hubungi hospital anda dengan segera.

Lima tip untuk beralih dari hospital ke rumah 

1. WUJUDKAN SATU RUTIN 

Cuba ikuti sesuatu waktu yang tetap untuk bangun pada waktu pagi dan tidur pada waktu malam. 

2. LUANGKAN MASA UNTUK REHAT 

Anda mungkin mengalami tahap tenaga yang berbeza-beza, 3 jadi pastikan anda berehat jika perlu.

3. PEMAKANAN YANG SIHAT 

Cuba makan tiga hidangan yang sihat, berkhasiat dan seimbang dalam sehari, untuk membekalkan badan anda dengan kalori yang mencukupi. 4,5 

4. BERGERAK 

Cuba rancangkan beberapa senaman ringan dalam rutin harian anda. Ini akan membantu mengurangkan keletihan dan mungkin kebimbangan. 5,6 Apakata anda cuba beberapa senaman sebagai permulaan.

5. BERHUBUNG 

Apabila anda sudah bersedia, mula bersosial dengan rakan-rakan dan ahli keluarga. Berhubung dengan orang lain boleh meningkatkan lagi keceriaan anda secara ketara. 5,7

Ketahui maklumat lanjut tentang

Orang tersayang saya menghidap AML 

Maklumat dan sokongan emosi untuk mereka yang menjaga orang dengan AML. 

Kehidupan dengan AML

Hidup dengan Leukemia Mieloid Akut, atau AML, selalunya ialah satu penyesuaian.

Rujukan

1. Leukaemia Care. Living Well with Acute Myeloid Leukaemia. https://media.leukaemiacare.org.uk/wp-content/uploads/Living-Well-with-Acute-Myeloid-Leukaemia-AML-Web-Version.pdf [Last accessed: July 2023].

2. Cancer Research UK. Support at Home for you and your family. https://www.cancerresearchuk.org/about-cancer/acute-myeloid-leukaemia-aml/living-with/support-home-for-you-your-family [Last accessed: July 2023]

3. Blood Cancer UK. Blood Cancer and Fatigue. https://bloodcancer.org.uk/support-for-you/living-well/fatigue/ [Last accessed: July 2023]

4. Arends J, Bachmann P, Baracos V, et al. ESPEN guidelines on nutrition in cancer patients. Clin Nutr 2017; 36: 11-48. 20160806.

5. Macmillan Cancer Support. After Cancer Treatment: A guide for professionals. https://www.macmillan.org.uk/documents/aboutus/health_professionals/professionals-guide-after-cancer-treatment.pdf [Last accessed: July 2023]

6. Schuch FB and Stubbs B. The Role of Exercise in Preventing and Treating Depression. Curr Sports Med Rep 2019; 18: 299-304.

7. Diener E and Seligman ME. Very happy people. Psychol Sci 2002; 13: 81-84.

Penerangan Terminologi 

Belajar dan fahami terminologi yang berkaitan dengan Leukemia Mieloid Akut, atau AML, dalam Panduan Penerangan Terminologi kami.