Selepas orang tersayang anda menyelesaikan rawatan AML, perhubungan dengan doktor dan jururawat akan mula berkurangan. Ini ialah proses biasa dan ini menunjukkan bahawa orang tersayang anda berada dalam keadaan yang baik.
Walaupun pengurangan perhubungan dengan pasukan perubatan ini adalah normal, rasa kebimbangan anda mungkin bertambah. Sebagai contoh, anda mungkin berasa anda bertanggungjawab untuk memastikan orang tersayang anda kekal sihat. Harap maklum bahawa ini bukan kesnya. Sudah tentu, anda memainkan peranan yang penting, tetapi orang tersayang anda masih di bawah jagaan doktor mereka. Mereka akan menjalani pemeriksaan berkala, dan anda masih boleh menghubungi klinik pada waktu pejabat untuk sebarang pertanyaan. Jika orang tersayang anda mempunyai sebarang gejala yang membimbangkan, jangan tunggu sehingga temu janji seterusnya, hubungi hospital atau pergi ke kecemasan dengan segera.
Walaupun anda bukan pesakit, ini ialah masa yang sangat mencabarkan. Anda tidak perlu melalui perkara ini bersendirian. Banyak bantuan yang sedia ada untuk menyokong rakan-rakan dan ahli keluarga yang menghidap leukemia akut. Tanya doktor dan jururawat untuk mendapatkan perkhidmatan sokongan sedia ada yang akan memanfaatkan dalam perjalanan penjagaan anda.1
Walaupun orang tersayang anda perlu kembali ke rutin di rumah, ia adalah sama penting untuk anda. Mengabaikan kesejahteraan anda sendiri tidak akan membantu anda berdua dalam jangka masa panjang. Jadi berikut ialah beberapa tip tentang cara anda boleh menjaga diri sendiri dalam masa yang sukar ini:
Berikan tumpuan kepada 'di sini dan sekarang’ merupakan satu cara yang berkesan untuk menenangkan fikiran dan meningkatkan kesejahteraan keseluruhan.2
Pemakanan seimbang dan sihat boleh meningkatkan mood, malah boleh melindungi diri daripada kemurungan.3
Rancangkan aktiviti ke dalam rutin harian anda dapat membantu anda untuk tidur selesa dan meningkatkan mood secara keseluruhan. Kenal pasti tanda-tanda keletihan sebagai penjaga dan dapatkan rehat yang mencukupi jika perlu.1
Penjagaan pesakit AML memerlukan kerjasama semua pihak. Jangan teragak-agak untuk meminta sokongan tambahan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan. Tetapkan jadual untuk bergilir-gilir menjaga pesakit AML boleh membantu anda.
Anda juga mungkin ingin meluahkan fikiran dan perasaan yang membebankan anda. Bercakaplah dengan orang yang anda percayai, terutamanya apabila anda berasa terbeban.4-7
Maklumat dan sokongan emosi untuk mereka yang menjaga orang dengan AML.
Hidup dengan Leukemia Mieloid Akut, atau AML, selalunya ialah satu penyesuaian.
1. Cancer Research UK. Support at home for you and your family. https://www.cancerresearchuk.org/about-cancer/coping/practically/support-at-home [Last accessed Dec 2023]
2. Brewer JA, Worhunsky PD, Gray JR, et al. Meditation experience is associated with differences in default mode network activity and connectivity. Proc Natl Acad Sci U S A 2011; 108: 20254-20259.
3. Macmillan Cancer Support. After Cancer Treatment: A guide for professionals. https://www.macmillan.org.uk/documents/aboutus/health_professionals/professionals-guide-after-cancer-treatment.pdf [Last accessed Dec 2023]
4. Agency for Integrated Care (AIC), Singapore. We See You Care. Available at https://www.aic.sg/caregiving/we-see-you-care. Accessed on August 2023.
5. Agency for Integrated Care (AIC), Singapore. Caregiver Tips. Available at https://www.aic.sg/caregiving/caregiver-tips. Accessed on Aug 2023.
6. Agency for Integrated Care (AIC), Singapore. Care Services. Available at https://www.aic.sg/care-services. Accessed on Aug 2023.
7. Agency for Integrated Care (AIC), Singapore. Care Services. Available at https://www.aic.sg/caregiving/caregiver-stress. Accessed on Aug 2023.