Hidup dengan Leukemia Mieloid Akut, atau AML, selalunya ialah satu penyesuaian. Doktor dan jururawat anda pernah membantu banyak orang untuk mencari rutin baharu dan kembali kehidupan selepas rawatan AML.
Fahami kekerapan anda berjumpa dengan doktor anda, cara mencari rutin baharu di rumah dan banyak lagi.
Maklumat dan sokongan emosi untuk mereka yang menjaga orang dengan AML.
Sama ada anda pulang ke rumah selepas rawatan AML atau menjaga orang yang pulang ke rumah, tanya pasukan hematologi seberapa banyak soalan yang anda perlukan, seberapa banyak kali yang diperlukan.
Cuba jangan menghadiri temu janji seorang diri. Cari rakan atau ahli keluarga untuk menghadiri temu janji sekali bersama anda amat membantukan. Mereka mungkin boleh mengemukakan soalan yang anda tidak terfikirkan dan boleh mencatat nota, supaya anda boleh mendengar.
Tulis sebarang soalan yang mungkin anda ada dari masa ke semasa, kerana memang sukar untuk mengingati kesemuanya. Apakata gunakan senarai soalan ini yang anda boleh tanyakan kepada doktor untuk membantu membuat pelan kesihatan jangka masa panjang?
Selalunya, agak sukar untuk mengingati kesemua perkara yang dikatakan semasa temu janji anda, tetapi terdapat ruang kosong di senarai soalan tersebut di mana anda boleh menulis jawapan yang diberikan oleh pasukan hematologi kepada anda.
Rawatan AML mempunyai potensi kesan jangka masa panjang. Muat turun dokumen ini untuk membantu memahami tentang ini lebih lanjut.
Jane menerangkan bagaimana dia secara perlahan-lahan menemui rutin baharu setelah pulang ke rumah selepas rawatan.
Senaman ialah cara terbaik untuk meningkatkan tahap tenaga secara keseluruhan, mengurangkan kebimbangan dan bersosial dengan orang lain!
Banyak latihan yang sedia ada dalam laman web, dan mungkin anda berasa sukar untuk bermula. Macmillan telah mencipta video senaman yang ringan khususnya untuk orang yang baru pulih daripada kanser. Apakata tonton video tersebut dan alaminya sendiri?
3m 55s
2m 29s
5m 01s
Fahami kekerapan anda berjumpa dengan doktor anda, cara mencari rutin baharu di rumah dan banyak lagi.
Maklumat dan sokongan emosi untuk mereka yang menjaga orang dengan AML.