'Live with AML' ialah laman web untuk orang yang kehidupannya terjejas oleh Leukemia Mieloid Akut (juga dikenali sebagai AML).
Misi kami adalah untuk mencari dan memberikan maklumat praktikal yang berdedikasi dan sokongan kepada mereka yang tengah mengalami AML, rakan-rakan, ahli keluarga dan orang tersayang.
Laman web ini dibina dan dibiayai oleh Astellas bersama-sama dengan jururawat terkemuka dan organisasi pesakit di Malaysia, Singapura, UK dan Ireland, serta orang yang hidup dengan AML.
Astellas, ialah sebuah syarikat farmaseutikal yang berdedikasi untuk meningkatkan kesihatan orang ramai melalui inovasi. Kami mempunyai pasukan-pasukan saintis yang berdedikasi untuk mencipta ubat-ubatan dan kami juga bertumpu kepada aktiviti-aktiviti yang melibatkan para doktor dan pesakit, supaya kami boleh memahami pengalaman mereka lebih lanjut dan memberikan maklumat dan sokongan.
Persidangan yang melibatkan panel luaran, organisasi pesakit dan orang yang hidup dengan AML telah diusahakan oleh Astellas untuk memberikan pandangan mereka kepada kandungan di laman web ini, supaya kami boleh memastikan kandungan ini adalah tepat dari segi saintifik dan praktikal untuk mereka yang terjejas oleh AML.
Panel itu terdiri daripada empat jururawat onkologi, di mana kesemuanya telah menerima honorarium daripada Astellas atas perkhidmatan mereka:
Nottingham University Hospitals
Belfast Trust
St. Vincent’s University Hospital
University Hospital Galway
Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (The National Cancer Society of Malaysia, NCSM), ialah sebuah organisasi kanser bukan bermotifkan keuntungan pertama di Malaysia yang memberikan perkhidmatan pendidikan, penjagaan dan sokongan kepada pesakit kanser dan orang awam. Sila layari https://cancer.org.my/ untuk maklumat lanjut tentang perkhidmatan NCSM. Anda boleh menghubungi kami di 1-800-88-1000 atau emel ke help@cancer.org.my untuk sokongan lanjut. NCSM telah memberikan kebenaran untuk anda menggunakan bahan-bahan mereka. NCSM telah menyemak laman web dan memberikan nasihat tentang kandungan.
MAKNA (Majlis Kanser Nasional) atau National Cancer Council of Malaysia ialah sebuah perusahaan sosial bukan bermotifkan keuntungan yang diasaskan oleh Dato’ Mohd Farid Ariffin. MAKNA memberikan perkhidmatan kuratif, pencegahan, penyelidikan dan sokongan kepada pesakit kanser, keluarga mereka, kumpulan berisiko tinggi dan orang awam di Malaysia. MAKNA mengumpulkan dan menggunakan segala usaha, kepakaran dan kewangan dari sektor-sektor masyarakat untuk memerangi kanser dan mengurangkan kesakitan, morbiditi dan penderitaan yang dialami pesakit kanser. Sila layari https://makna.org.my/ untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan MAKNA. Anda boleh menghubungi kami di 1-800-88-62562 atau emel ke makna@makna.org.my untuk sokongan lanjut. MAKNA telah menyemak laman web dan memberikan nasihat tentang kandungan.
Individu-individu yang hidup dengan AML berkongsi cerita dan pandangan mereka untuk memanfaatkan orang lain, dan memastikan keaslian dan perkaitan maklumat dalam laman web ini: