Proses pengambilan sel-sel dari sumsum tulang (bahagian lembut seperti span di dalam tulang besar kami) dikenali sebagai ujian sumsum tulang atau biopsi.1
Ujian sumsum tulang dilakukan secara berkala untuk membantu doktor memahami dua perkara penting:
Ujian sumsum tulang menunjukkan bilangan sel darah putih anda yang sihat dan bilangan yang tidak normal.1
Menjalankan ujian genetik khas ke atas sel darah yang diambil dari sumsum tulang akan memberi maklumat yang penting kepada doktor mengenai subjenis AML anda – ini membolehkan doktor menyesuaikan rawatan.2,3
Perubahan genetik dalam sel darah leukemia biasanya tidak akan diwarisi. Ini bermakna AML sangat jarang diwariskan kepada kanak-kanak atau generasi akan datang. Sebaliknya, AML biasanya berlaku secara rawak dan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja pada bila-bila masa.
Panduan Penerangan Terminologi kami sedia ada menjelaskan perkataan atau frasa yang mungkin anda tidak fahami dengan sepenuhnya.
Di hospital, sampel sumsum tulang biasanya diambil daripada kawasan pinggul.1 Ini adalah salah satu tulang terbesar di dalam badan, dengan akses yang mudah untuk doktor mendapatkan sampel yang baik. Doktor akan membersihkan kawasan tersebut dan menggunakan anestetik tempatan – ubat yang menyebabkan kawasan pinggul kebas.5
Selepas kawasan pinggul telah kebas, jururawat atau doktor akan melakukan dua prosedur:5
1. Aspirasi. Sebatang jarum yang berongga akan dimasukkan ke dalam sumsum tulang dan sampel cecair kecil sumsum tulang akan dikeluarkan. Saiz jarum itu lebih kurang sama dengan saiz tiub dalam pen biro - jauh lebih kecil daripada apa yang anda bayangkan.1,2
2. Trefin. Sekeping sumsum tulang utama yang nipis akan dikeluarkan.5 Sesetengah orang akan berasa sensasi kesemutan di kaki mereka ketika prosedur ini sedang dilakukan.
Kedua-dua sampel akan diambil pada masa yang sama dan prosedur ini akan mengambil masa 20–30 minit untuk diselesaikan.2 Anda mungkin akan rasa kawasan pinggul tidak selesa selama beberapa minggu selepas prosedur ini. Ini adalah biasa tetapi anda digalakkan untuk memberitahu doktor jika ketidakselesaan itu bertambah teruk, atau anda berasa sangat bimbang. Selalunya, doktor akan memberitahu anda tarikh keputusan bagi setiap prosedur tersebut. Anda mungkin akan diberitahu satu keputusan sebelum yang lain, dan rawatan mungkin boleh bermula sebelum kesemua keputusan akhir diketahui.5
Jika anda berasa gementar, beritahu doktor atau jururawat anda. Mereka telah melakukan ujian ini banyak kali dan akan mengetahui cara terbaik untuk menenangkan anda.
Cuba mengalih perhatian diri anda semasa ujian. Contohnya, ambil fon kepala dan dengar muzik atau podcast.
Proses ujian sumsum tulang boleh menjadi tidak selesa.6 Jika anda berasa sebarang ketidakselesaan semasa atau selepas ujian, bincang dengan doktor anda mengenali cara untuk mengurangkan ketidakselesaan.
Pastikan untuk mengelakkan aktiviti yang berat selepas prosedur.
Ingat, tiada sebarang soalan pun yang bodoh. Doktor dan jururawat anda mungkin menggunakan perkataan baru yang anda tidak pernah dengar - jika anda tidak tahu maksudnya, tanya sahaja. Kami tidak membuat jangkaan bahawa anda mengingati segala maklumat, jadi jangan risau untuk bertanya soalan yang sama sekali lagi.
Jika anda mempunyai sebarang soalan, pastikan anda tuliskannya. Anda boleh mudah melupakan sesuatu perkara ketika anda bercakap dengan jururawat dan doktor anda.
Ingat, anda boleh membawa ahli keluarga anda, rakan, penjaga atau sesiapa untuk menyokong anda di klinik temu janji anda. Mereka boleh bertanya sebarang soalan yang anda tidak ingin bertanya atau lupa untuk bertanya. Apakata rujuk kepada senarai soalan ini sebagai permulaan.
Muat turun satu halaman panduan kami yang ringkas dan padat dengan maklumat, untuk membantu anda atau orang tersayang anda memahami ujian yang digunakan untuk memeriksa kiraan darah dan memantau AML.
Cuba bawa soalan-soalan ini ke temu janji anda yang seterusnya untuk membimbing perbualan dan memastikan anda sentiasa berada dalam perbincangan.
Josh mengalami diagnosis AML yang sangat cepat. Dengarkan nasihatnya kepada mereka yang baru didiagnosi dengan AML.
Dapatkan maklumat lanjut di sini.
Apakah itu ujian darah? Bagaimanakah ujian darah itu dilakukan? Apakah persediaan yang boleh saya lakukan? Dapatkan jawapan kepada soalan-soalan ini dan banyak lagi.
1. Leukemia and Lymphoma Society. Acute Myeloid Leukemia in Adults. https://www.lls.org/sites/default/files/2021-09/PS32_AML_Booklet_Adult_2021.pdf [Last Accessed: July 2023]
2. NHS. Acute Myeloid Leukaemia Diagnosis. https://www.nhs.uk/conditions/acute-myeloid-leukaemia/diagnosis/. [Last Accessed: July 2023]
3. Mrózek K, Marcucci G, Nicolet D, et al. Prognostic significance of the European LeukemiaNet standardized system for reporting cytogenetic and molecular alterations in adults with acute myeloid leukemia. J Clin Oncol. 2012;30(36):4515-4523.
4. American Cancer Society. What Causes Acute Myeloid Leukaemia (AML)? https://www.cancer.org/cancer/types/acute-myeloid-leukemia/causes-risks-prevention/what-causes.html
5. Cancer Research UK. Bone marrow test. https://www.cancerresearchuk.org/about-cancer/acute-myeloid-leukaemia-aml/getting-diagnosed/tests/bonemarrow-test [Last Accessed: July 2023]
6. Percival ME, Lai C, Estey E, et al. Bone marrow evaluation for diagnosis and monitoring of acute myeloid leukemia. Blood Rev. 2017; 31(4):185-192