Ujian Darah

Tanda dan gejala tertentu mungkin menunjukkan bahawa seseorang menghidap kanser darah akut dan jika doktor mengesyaki Leukemia Mieloid Akut (AML), mereka akan memeriksa sampel daripada darah dan sumsum tulang seseorang untuk mengesahkan AML.1, 2 

Salah satu ujian pertama yang akan dilakukan ialah ujian darah. Biasanya, sampel darah akan diambil dari lengan. 

Jika AML didiagnosi, ujian darah akan diulang sepanjang rawatan kanser.2


Adakah pengambilan darah menyakitkan?

Setiap orang berbeza – sesetengah orang mungkin tidak perasan apabila darah diambil, manakala sesetengah orang lagi mungkin mengalami calar pendek dan tajam pada kulit mereka, tetapi calar ini hanya bertahan beberapa minit sahaja.

Panduan Penerangan Terminologi kami sedia ada menjelaskan perkataan atau frasa yang mungkin anda tidak fahami dengan sepenuhnya.


Apakah maklumat yang dapat diketahui melalui ujian darah?

Image of doctor performing blood test on patients arm Image of doctor performing blood test on patients arm

Sampel darah memberitahu doktor bilangan sel yang sihat dan bilangan sel yang tidak normal, juga dikenali sebagai kiraan darah.2 Keputusan ujian ini boleh memberitahu kami bagaimana AML memberi kesan kepada badan dan sejauh mana rawatan AML itu berfungsi.2,4 Kiraan darah boleh juga membimbing doktor dan jururawat sama ada rawatan tambahan diperlukan, seperti transfusi darah.2,4 

Ujian darah juga memberikan maklumat mengenai tahap fungsi hati dan buah pinggang.4 Kedua-dua bahagian badan ini amatlah penting untuk memastikan rawatan AML berfungsi. Justeru, ujian darah adalah baik untuk doktor bagi memantau kesihatan hati dan buah pinggang.

Image of doctor performing blood test on patients arm Image of doctor performing blood test on patients arm

Tonton bagaimana AML bertumbuh, berdasarkan penghasilan sel yang berbeza

Tip-tip yang berguna sebelum anda mengambil ujian darah yang seterusnya

Tip-tip yang berguna sebelum anda mengambil ujian darah yang seterusnya

1. FOBIA

Orang yang mempunyai fobia jarum mungkin berasa pening semasa atau selepas ujian. Jika keadaan ini pernah berlaku sebelum ini, sila beritahu doktor anda.

2. GANGGUAN

Cuba alihkan perhatian anda jika boleh. Contohnya, semasa sampel darah diambil, ambilkan fon kepala dan dengar muzik.

3. PAKAIAN 

Pakai pakaian berlengan pendek, supaya ini memudahkan pengambilan sampel darah dari lengan anda, atau pakai baju dengan lengan longgar yang mudah dilipat ke atas siku anda. 

4. SOALAN 

Ingat, tiada sebarang soalan pun yang bodoh. Doktor dan jururawat anda mungkin menggunakan perkataan baru yang anda tidak pernah dengar - jika anda tidak tahu maksudnya, bertanya sahaja. Kami tidak membuat jangkaan bahawa anda akan mengingati segala maklumat, jadi jangan risau untuk bertanya soalan yang sama sekali lagi.

5. PERSEDIAAN 

Jika anda mempunyai sebarang soalan, pastikan anda tuliskannya. Anda boleh mudah melupakan sesuatu perkara ketika anda bercakap dengan jururawat dan doktor anda. 

6. SOKONGAN 

Ingat, anda boleh membawa ahli keluarga anda, rakan, penjaga atau sesiapa untuk menyokong anda di klinik temu janji anda. Mereka boleh bertanya sebarang soalan yang anda tidak ingin bertanya atau lupa untuk bertanya. Apakata rujuk kepada senarai soalan ini sebagai permulaan.

7. JURURAWAT

Tetapi, yang paling penting, ingatlah bahawa jururawat sedia ada untuk anda. Jika anda berasa bimbang tentang ujian darah anda, beritahu mereka. Walaupun ini mungkin adalah pengalaman yang pelik bagi anda, mereka adalah pakar dalam pengambilan darah ini dan telah melakukannya beribu kali sebelum ini. Mereka ketahui banyak cara untuk mengalih perhatian anda dan membuatkan pengalaman anda menyenangkan.

Bahan-bahan sokongan

Screenshot of Understanding tests to diagnose AML brochure Screenshot of Understanding tests to diagnose AML brochure

Memahami ujian untuk mendiagnos AML

Muat turun satu halaman panduan kami yang ringkas dan padat dengan maklumat, untuk membantu anda atau orang tersayang anda memahami ujian yang digunakan untuk memeriksa kiraan darah dan memantau AML.

Screenshot of questionnaire Screenshot of questionnaire

Soalan-soalan mengenai ujian untuk bertanya doktor anda

Cuba bawa soalan-soalan ini ke temu janji anda yang seterusnya untuk membimbing perbualan dan memastikan anda sentiasa berada dalam perbincangan.

Pengalaman Josh

Josh mengalami diagnosis AML yang sangat cepat. Dengarkan nasihatnya kepada mereka yang baru didiagnosi dengan AML.

Dapatkan maklutmat lanjut tentang 

Bersedia menerima diagnosis AML

Dapatkan maklumat lanjut di sini

Ujian sumsum tulang 

Dapatkan maklumat tentang ujian sumsum tulang, cara penyediaan dan lain-lain

Rujukan

1. MacMillan Cancer Support. Acute myeloid leukaemia (AML). https://www.macmillan.org.uk/cancer-information-and-support/leukaemia/acutemyeloid-leukaemia-aml [Last accessed: July 2023]

2. MacMillan Cancer Support. Acute Myeloid Leukaemia (Leukemia) Relapsehttps://www.macmillan.org.uk/cancer-information-and-support/leukaemia/acutemyeloid-leukaemia-aml-relapse [Last accessed: July 2023].

3. Leukemia & Lymphoma Society®. Acute Myeloid Leukemia in Adults. https://www.lls.org/leukemia/acute-myeloid-leukemia [Last accessed: July 2023]

4. Thol F, Gancer A. Treatment of Relapsed Acute Myeloid Leukemia. Current Treatment Options in Oncology. 2020; 21:66

Penerangan Terminologi 

Belajar dan fahami terminologi yang berkaitan dengan Leukemia Mieloid Akut, atau AML, dalam Panduan Penerangan Terminologi kami.