Pemindahan sumsum tulang ialah satu jenis rawatan yang digunakan untuk merawat Leukemia Mieloid Akut (AML).1,2 Pemindahan sumsum tulang adalah berbeza daripada rawatan yang lain kerana ia bertujuan untuk menggantikan sel darah putih kanser yang tidak normal dengan sel yang sihat.
Pemindahan sumsum tulang ialah satu proses rawatan yang mengambil masa yang lama:
1. Pertama sekali, sel-sel kanser akan dimusnahkan dengan kemoterapi. Sesetengah orang juga mungkin menjalani radioterapi pada masa yang sama.3
2. Selepas ini, sel-sel yang sihat akan ‘dipindahkan’ ke aliran darah untuk menggantikan sel-sel putih yang tidak normal.4 Sel-sel sihat ini didermakan oleh orang lain — selalunya ahli keluarga, kadang-kadang orang yang tidak ada darah talian.5,6
Pemindahan sel stem atau sumsum tulang ialah satu proses yang panjang dan rumit. tetapi ia boleh dipecahkan kepada 5 peringkat utama:4
1. Pemeriksaan - untuk menilai kesihatan umum anda
2. Penuaian/Pengekstrakan - mengeluarkan sel stem yang diperlukan untuk pemindahan, sama ada daripada penderma atau daripada orang yang menerima pemindahan
3. Pengkondisian - menyediakan badan untuk pemindahan dengan dos kemoterapi yang tinggi, dan berpotensi radioterapi
4. Pemindahan sel stem ke dalam badan - menggunakan akses vena pusat (atau CVA)
5. Pemulihan selepas pemindahan - sel-sel akan mengambil beberapa hari masa untuk mula berkembang. Dalam masa ini dan beberapa minggu selepas itu, anda akan duduk di dalam hospital untuk pemantauan rapi supaya pasukan perubatan boleh memantau perkembangan dan memerhati kesan sampingan.
Malangnya, pemindahan sum-sum tulang mengambil masa untuk sembuh. Selalunya, proses pemulihan akan berterusan walaupun selepas pesakit meninggalkan hospital.7
Ingat, jika anda ada sebarang perkataan atau istilah yang tidak faham, Panduan Penerangan Terminologi boleh membimbing anda.
AML setiap orang adalah berbeza, dan rawatan dengan pemindahan tidak akan sesuai untuk semua orang. Doktor akan mempertimbangkan banyak faktor dengan teliti apabila memutuskan sama ada pemindahan akan memberi manfaat kepada anda.
Menjalani pemindahan ialah proses yang panjang dan selalunya sukar. Doktor akan membuat penilaian secara individu, berdasarkan beberapa faktor yang penting:
Umur akan dipertimbangkan semasa menawarkan pemindahan kerana prosedur ini biasanya akan lebih berjaya atas orang yang berada dalam kesihatan keseluruhan yang baik . 4
Doktor akan mempertimbangkan kemungkinan AML relaps (berulang), kerana matlamat pemindahan adalah untuk mengelakkan relaps pada masa hadapan.1
Lazimnya, orang ramai perlu mempunyai tahap kesihatan keseluruhan yang baik untuk pemindahan itu berjaya.4 Semasa proses itu, seseorang akan menjadi 'imunokompromi'. Ini bermakna mereka tidak dapat melawan jangkitan atau penyakit sendiri.8 Oleh itu, adalah amat penting untuk memastikan pemindah berada dalam keadaan yang sihat sebelum prosedur dijalankan.4
Doktor akan menyemak tindak balas awal seseorang terhadap rawatan dan kesannya dalam tubuh mereka.
Rawatan (dos kemoterapi yang tinggi dan kadangkala radioterapi) akan diberikan sebelum pemindahan,4. Oleh itu, pesakit akan menerima penjagaan selepas pemindahan. Ini mungkin bermakna seseorang itu akan berada di dalam hospital untuk tempoh yang agak lama daripada kitaran kemoterapi biasa. Doktor perlu berasa yakin bahawa pesakit mempunyai sistem sokongan yang kuat dan kukuh untuk menyokong mereka sebelum dan selepas pemindahan.
Bercakap dengan doktor atau jururawat anda jika anda ingin mengetahui maklumat dengan lanjut atau mempunyai sebarang kebimbangan.
Pemindahan boleh ditawarkan dalam beberapa peringkat rawatan. Selalunya, pemindahan akan disyorkan selepas pusingan pertama rawatan dengan kemoterapi. Biasanya, pesakit akan menjalani beberapa kitaran terapi, di mana kemoterapi diberikan selama beberapa hari, diikuti dengan beberapa minggu pemulihan, sehingga kitaran yang seterusnya bermula.9 Namun demikian, doktor kadang-kala akan menawarkan pemindahan kepada orang yang berada dalam peringkat rawatan yang lewat.5,6
Mairead, seorang jururawat AML, berkongsi pandangan peribadi dan pandangan profesionalnya tentang pemindahan sebagai satu rawatan untuk AML.
Selepas prosedur, kebanyakan orang dijangka mengambil masa 6-12 bulan untuk memulih sebelum mereka berasa cergas dan sihat semula.
Seperti semua rawatan, pemindahan mungkin menyebabkan kesan sampingan.6 Duduk di dalam hospital selepas pemindahan membolehkan sebarang kesan sampingan dipantau dan dirawat oleh doktor.
Sebaik sahaja anda meninggalkan hospital, pasukan hematologi akan menjadualkan susulan tetap untuk memantau pemulihan anda. Mereka akan menasihati apa kesan sampingan jangka panjang yang berpotensi untuk diperhatikan.
Banyak hospital mempunyai talian 24 jam - ingat untuk menggunakannya. Jika anda mempunyai sebarang gejala yang membimbangkan, jangan tunggu temujanji anda yang seterusnya, hubungi hospital dengan segera.
Zack Pemberton-Whiteley dari Leukemia Care bersembang dengan Ghyl, yang didiagnosis dengan AML pada tahun 2017, suaminya Tom dan pakar hematologi mereka Profesor Marc Mansour tentang kehidupan sebelum dan selepas AML, proses pemindahan sumsum tulang dan perkara-perkara yang membantu mereka menghadapi masa itu.
Apakah matlamat rawatan AML? Adakah rawatan sama untuk semua orang? Dapatkan jawapan untuk soalan-soalan ini dan lain-lain.
Apakah yang akan berlaku apabila anda menerima rawatan di hospital? Apakah itu percubaan klinikal? Dapatkan jawapan untuk soalan-soalan ini dan lain-lain.
Bagaimanakah rawatan diberikan? Apakah itu ‘wad harian'? Dapatkan jawapan untuk soalan-soalan ini dan lain-lain.
1. Saultz JN and Garzon R. Acute Myeloid Leukemia: A Concise Review. J Clin Med 2016; 5 20160305.
2. Gregory TK, Wald D, Chen Y, et al. Molecular prognostic markers for adult acute myeloid leukemia with normal cytogenetics. J Hematol Oncol 2009; 2: 23. 20090602.
3. NHS. Acute Myelod Leukemia Treatment. https://www.nhs.uk/conditions/acute-myeloid-leukaemia/treatment/ [Last Accessed: July 2023].
4. NHS. Stem cell and bone marrow transplants. https://www.nhs.uk/conditions/stem-cell-transplant/what-happens/ [Last Accessed: July 2023].
5. Song K and Lipton J. Is it appropriate to offer allogenic hematopoietic stem cell tranplantation to patients with primar refractory acute myeloid leukaemia? Bone Marrow Transplant 2005; 36: 183-191.
6. Patriarca F, Sperotto A, Lorentino F, et al. Donor Lymphocyte Infusions After Allogeneic Stem Cell Transplantation in Acute Leukemia: A Survey From the Gruppo Italiano Trapianto Midollo Osseo (GITMO). Front Oncol 2020; 10: 572918. 20201015.
7. Cancer Research UK. Life after transplant for acute myeloid leukaemia (AML). https://www.cancerresearchuk.org/about-cancer/acute-myeloid-leukaemia-aml/living-with/life-after-transplant-for-acute-myeloid-leukaemia [Last Accessed: July 2023].
8. NHS. Acute Myeloid Leukaemia Complications. https://www.nhs.uk/conditions/acute-myeloid-leukaemia/complications/ [Last Accessed: July 2023].
9. Blood Cancer UK. Acute Myeloid Leukemia Treatment phases. https://bloodcancer.org.uk/understanding-blood-cancer/leukaemia/acute-myeloid-leukaemia/aml-treatment-side-effects/aml-treatment-types-phases/ [Last Accessed: July 2023].