Rawatan Leukemia Mieloid Akut (AML) 

Jika keputusan awal daripada ujian darah dan sumsum tulang mengesahkan diagnosis Leukemia Mieloid Akut, doktor akan mengesyorkan rawatan yang paling sesuai untuk anda. 

Rawatan dalam hospital 

Apakah yang akan berlaku apabila anda mendapat rawatan di hospital? Apakah itu percubaan klinikal? Dapatkan jawapan kepada soalan-soalan ini dan banyak lagi.

Rawatan dalam rumah

Bagaimanakah rawatan diberikan? Apakah itu ‘wad harian'? Dapatkan jawapan kepada soalan-soalan ini dan banyak lagi.

Memahami pemindahan sumsum tulang 

Bagaimanakah pemindahan dilakukan? Siapakah yang akan ditawarkan rawatan pemindahan? Dapatkan jawapan kepada soalan-soalan ini dan banyak lagi.

Apakah matlamat rawatan AML? 

Image of a patient in hospital bed surrounded by family members Image of a patient in hospital bed surrounded by family members

Selalunya, matlamat rawatan adalah untuk mencapai remisi.1 Remisi ialah satu peringkat apabila tanda dan gejala leukemia akut dalam darah adalah rendah atau langsung tiada.2

Pentingnya, kebanyakan rawatan akan cuba melambatkan pengeluaran sel darah putih yang tidak normal. Apakata tontonlah cara rawatan AML berfungsi.1,3 

Malangnya, bukan semua orang yang menghidap AML mencapai remisi.3 Doktor akan membincangkan rawatan alternatif dan hasil yang mungkin boleh berlaku bagi setiap pilihan tersebut.

Image of a patient in hospital bed surrounded by family members Image of a patient in hospital bed surrounded by family members

Adakah semua orang yang menghidap AML menerima rawatan yang sama?

Tidak, bukan semua rancangan rawatan bagi orang yang menghidap AML adalah sama. Doktor akan mempertimbangkan beberapa perkara ketika memutuskan rawatan yang paling sesuai untuk anda. Ini termasuk:

1. SUBJENIS AML

Setiap kes AML adalah unik. Walaupun orang yang sama, subjenis AML mungkin boleh berubah dari masa ke masa. Ini bermaksud ia perkara biasa bagi seseorang itu untuk menerima pelbagai jenis rawatan AML.

2. TAHAP KECERGASAN AM

Sesetengah rawatan AML amat intensif dan doktor perlu memastikan badan pesakit adalah sihat dan cergas untuk bertahan rawatan itu.

3. MATLAMAT PERIBADI 

Matlamat utama ialah rawatan AML. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai matlamat peribadi yang khas dan sangat penting bagi anda, pastikan anda berbincang dengan doktor anda supaya docktor memahami langkah yang realistik bagi anda.


Adakah rawatan AML membawa kepada kesan sampingan? 

Seperti kebanyakan rawatan lain, orang dengan AML akan mengalami kesan sampingan semasa rawatan AML.5 Ini memang patut dijangka. Pengetahuan ini amatlah penting kerana seseorang yang mengalami kesan sampingan tidak semestinya rawatannya tidak berkesan.

Jururawat dan doktor ialah pakar dari segi pemantauan kesan sampingan rawatan. Jika kesan sampingan bertimbul, terdapat beberapa pilihan yang sedia ada. Bercakap dengan doktor anda jika anda mengalami sebarang kesan sampingan rawatan AML.


Perlukah pesakit tinggal di dalam hospital semasa menerima rawatan AML? 

Ini bergantung kepada situasi, kerana setiap kursus rawatan adalah unik. Rawatan awal biasanya akan melibatkan empat kitaran kemoterapi6 —setiap kitaran rawatan memerlukan pesakit untuk tinggal di dalam hospital selama beberapa minggu. Berikutan itu, pesakit mungkin boleh datang ke hospital sebagai pesakit jagaan harian, dan balik ke rumah pada waktu malamnya. 

Jika terdapat sebarang perkataan atau istilah yang anda tidak fahami, Panduan Penerangan Terminologi boleh membantu anda. 

Bagaimanakah pesakit bertindak balas terhadap rawatan?

AML ialah kanser darah yang rumit dan kadangkala boleh menimbulkan kekeliruan, terutamanya apabila membincangkan tindak balas badan terhadap rawatan. Anda digalakkan untuk berbincang dengan doktor secara terperinci supaya anda jelas mengenai semua maklumat. Maklumat adalah banyak, dan tiada sesiapa yang dijangka boleh mengingati kesemuanya. Jadi, jangan risau jika anda ingin mengulangi sebarang soalan! 

Apakata anda menggunakan senarai soalan berikut dan membawanya semasa anda pergi ke klinik untuk temu janji seterusnya. Ia mungkin boleh membantu anda memahami bagaimana rawatan anda atau orang tersayang berfungsi dan apa langkah seterusnya:

Soalan-soalan untuk ditanyakan kepada doktor anda tentang hidup dengan AML

Maklumat lain yang berguna

Screenshot of Treatment response brochure Screenshot of Treatment response brochure

Risalah tindak balas rawatan

Muat turun dokumen ini supaya anda memahami tindak balas pesakit yang pelbagai terhadap rawatan antikanser. Muat turun risalah.

Relaps

Malangnya, selepas rawatan, kemungkinan badan akan menghasilkan semula bilangan sel darah putih yang tidak normal dan dalam kuantiti yang tinggi. Apabila keadaan ini berlaku, ia dikenali sebagai ‘relaps’.

Penerimaan diagnosis relaps ini boleh memilukan. Namun, sesetengah pesakit mendapati bahawa peningkatan pengetahuan perubatan mereka dapat membantu mengatasi kesedihan ini.

Pengalaman Alisdair 

Tonton video ini untuk mendengar pandangan Alisdair tentang masanya di dalam hospital, dan bagaimana dia berjaya mengatasi relaps dengan keluarga mudanya di rumah.

Pengalaman Jane 

Jane relaps tiga bulan selepas mencapai remisi. Dengarlah ceritanya dan nasihat Jane kepada orang lain yang mengalami relaps.

Ketahui maklumat lanjut tentang

Rawatan dalam hospital 

Apakah yang akan berlaku apabila anda menerima rawatan di hospital? Apakah itu percubaan klinikal? Dapatkan jawapan untuk soalan-soalan ini dan lain-lain.

Rawatan dalam rumah

Bagaimanakah rawatan diberikan? Apakah itu ‘wad harian'? Dapatkan jawapan untuk soalan-soalan ini dan lain-lain.

Memahami pemindahan sumsum tulang 

Bagaimanakah pemindahan dilakukan? Siapakah yang akan diberikan rawatan pemindahan? Dapatkan jawapan untuk soalan-soalan ini dan lain-lain.

Rujukan

1. Saultz JN and Garzon R. Acute Myeloid Leukemia: A Concise Review. J Clin Med 2016; 5 20160305.

2. Leukaemia and Lymphoma Society. Relapsed and Refractory. https://www.lls.org/leukemia/acute-myeloid-leukemia/treatment/relapsed-and-refractory#:~:text=Patients%20who%20have%20not%20achieved,decrease%20in%20normal%20blood%20cells.

3. DiNardo CD and Cortes JE. Mutations in AML: prognostic and therapeutic implications. Hematology Am Soc Hematol Educ Program 2016; 2016: 348-355.

4. Gregory TK, Wald D, Chen Y, et al. Molecular prognostic markers for adult acute myeloid leukemia with normal cytogenetics. J Hematol Oncol 2009; 2: 23. 20090602. 

5. Blood Cancer UK. Acute myeloid leukaemia (AML) side effects. https://bloodcancer.org.uk/understanding-blood-cancer/leukaemia/acute-myeloid-leukaemia/aml-treatment-side-effects/aml-treatment-side-effects/ [Last accessed: July 2023]

6. Blood Cancer UK. Acute Myeloid Leukemia Treatment phases. https://bloodcancer.org.uk/understanding-blood-cancer/leukaemia/acute-myeloid-leukaemia/aml-treatment-side-effects/aml-treatment-types-phases/ [Last accessed: July 2023].

7. Leukaemia Care. Relapse in Acute Myeloid Leukaemia (AML). https://media.leukaemiacare.org.uk/wp-content/uploads/Relapse-in-Acute-Myeloid-Leukaemia-AML-Web-Version.pdf [Last accessed: July 2023]

Penerangan Terminologi 

Belajar dan fahami terminologi yang berkaitan dengan Leukemia Mieloid Akut, atau AML, dalam Panduan Penerangan Terminologi kami.