Doktor mungkin mengesyorkan rawatan antikanser tanpa masuk wad dan duduk semalam dalam hospital. Sebaliknya, rawatan antikanser diberikan semasa lawatan biasa ke hospital dalam ‘wad harian'.
Selain menerima rawatan dalam 'wad harian', orang yang menjalani rawatan dalam rumah mungkin perlu menghadiri temujanji hospital pada masa yang lain. Ini disebabkan doktor ingin membuat ujian darah yang lanjut atau merawat kesan sampingan ubat.
‘Wad harian’ disediakan khas untuk orang yang tidak perlu duduk dalam hospital semalaman. Tidak sama dengan wad bermalam, ‘wad harian’ biasanya tidak menyediakan banyak katil. Sebaliknya, orang yang menerima rawatan biasanya duduk di atas kerusi yang besar dan selesa.
Rawatan biasanya terdiri daripada kemoterapi dan rawatan antikanser yang lain.1,2 Terdapat beberapa jenis rawatan yang boleh diberikan. Contohnya, sesetengah rawatan akan dimasukkan terus ke dalam aliran darah melalui akses vena pusat (atau CVA), sesetengah akan dimasukan melalui suntikan subkutan dan rawatan yang lain boleh ditelan melalui mulut. Ini membolehkan rawatan antikanser berfungsi dan memusnahkan sel-sel kanser.
CVA ialah sejenis kateter atau ‘line’ khas yang dimasukkan ke dalam vena di lengan, leher atau di bawah tulang selangka. Kateter ini membolehkan ubat masuk ke dalam saluran darah secara terus.3 Doktor juga boleh mengambil sampel darah melalui kateter ini. CVA akan dikekalkan di tempatnya sepanjang rawatan dan dikekalkan walaupun persakit balik ke rumah. Ini bermakna jururawat tidak perlu memasukkan jarum baru untuk setiap ujian darah dan rawatan.4
Ingat, jika anda ada sebarang perkataan atau istilah yang anda tidak faham, Panduan Penerangan Terminologi ini boleh membantu membimbing anda.
Seperti semua rawatan, kesan sampingan mungkin berlaku.5 Apabila menjalani rawatan AML di dalam rumah, memahami cara menguruskan kesan sampingan adalah baik. Berikut adalah beberapa perkara yang amat berguna untuk anda ketahui:
Jururawat dalam wad harian hematologi akan memberitahu anda kesan sampingan rawatan yang mungkin berlaku. Jika anda tengah menerima rawatan AML, berbincang dengan jururawat tentang gejala yang perlu diberi perhatian dan masa yang sesuai untuk menghubungi mereka jika anda berasa bimbang.
Jika kesan sampingan berlaku, penting untuk mengetahui siapa yang perlu dihubungi. Selalunya jururawat wad siang hari yang dihubungi. Walau bagaimanapun, kesan sampingan mungkin berlaku dalam sekelip mata, jadi adalah penting untuk mengetahui siapa yang perlu dihubungi 'di luar waktu'. Banyak hospital mempunyai talian hotline 24 jam - ingat untuk menggunakannya. Jika anda mempunyai sebarang gejala yang membimbangkan anda, jangan tunggu temujanji anda yang seterusnya, hubungi hospital anda dengan segera.
Jika kesan sampingan menyusahkan, doktor mungkin mengesyorkan kemasukan hospital untuk bermalam. Ini ialah satu cara untuk memberikan penjagaan dan sokongan tambahan yang tidak boleh dilakukan di dalam rumah. Sediakan beg hospital dapat membantu dalam situasi ini.
Jika anda mempunyai sebarang soalan ataupun kebimbangan mengenai kesan sampingan, sentiasa hubungi doktor anda untuk mendapatkan sokongan.
Ketahui sebab-sebab bermalam di dalam hospital diperlukan dalam halaman “Rawatan dalam hospital” dengan lebih lanjut.
Apakah matlamat rawatan AML? Adakah rawatan sama untuk semua orang? Dapatkan jawapan untuk soalan-soalan ini dan lain-lain.
Apakah yang akan berlaku apabila anda menerima rawatan di hospital? Apakah itu percubaan klinikal? Dapatkan jawapan untuk soalan-soalan ini dan lain-lain.
Bagaimanakah pemindahan dilakukan? Siapakah yang akan diberikan rawatan pemindahan? Dapatkan jawapan untuk soalan-soalan ini dan lain-lain.
1. DiNardo CD and Cortes JE. Mutations in AML: prognostic and therapeutic implications. Hematology Am Soc Hematol Educ Program 2016; 2016: 348-355.
2. Gregory TK, Wald D, Chen Y, et al. Molecular prognostic markers for adult acute myeloid leukemia with normal cytogenetics. J Hematol Oncol 2009; 2: 23. 20090602.
3. Ge X, Cavallazzi R, Li C, et al. Central venous access sites for the prevention of venous thrombosis, stenosis and infection. Cochrane Database of Systematic Reviews 2012.
4. St. Georges Healthcare, NHS. Acute Central Venous Catheters. https://www.stgeorges.nhs.uk/wp-content/uploads/2014/07/Acute-venous-catheters.pdf [Last accessed: July 2023].
5. Blood Cancer UK. Acute myeloid leukaemia (AML) side effects. https://bloodcancer.org.uk/understanding-blood-cancer/leukaemia/acute-myeloid-leukaemia/aml-treatment-side-effects/aml-treatment-side-effects/[Last accessed: July 2023]