Leukemia Mieloid Akut (AML) boleh menyebar dengan cepat tanpa rawatan. Tonton video ini untuk memahami sebab-sebabnya.1 Oleh itu, doktor mungkin mengesyorkan anda untuk tinggal di dalam hospital selama beberapa minggu apabila rawatan antikanser bermula. Rawatan dalam hospital ini membolehkan doktor atau jururawat untuk memantau tindak balas badan anda dengan rapi.
Jika doktor mengesyorkan rawatan dalam hospital, kebiasaannya anda akan tinggal dalam wad hematologi di hospital bagi tujuan kemoterapi. Kursus rawatan bagi setiap orang adalah unik, tetapi biasanya penginapan hospital boleh mengambil masa 4–6 minggu.2
Pembentukan rutin adalah penting kerana penginapan anda di hospital mungkin selama beberapa minggu. Sebagai contoh:
Tetapkan satu jadual dan meluangkan masa untuk aktiviti harian boleh membantu anda membentukkan rutin pada hari itu
Menukar baju tidur boleh membantu, sebagaimana masa anda berada di luar hospital
Makan di meja jika boleh, bukannya di atas katil
Berjalan perlahan-lahan semasa anda bertenaga, ini akan membantu menguruskan pembaziran otot
Selepas pusingan pertama kemoterapi, doktor akan melakukan ujian darah dan ujian sumsum tulang. Keputusan ini akan memberitahu kami bagaimana badan anda bertindak balas terhadap rawatan dan sama ada pengeluaran sel darah putih yang tidak normal diperlahankan oleh rawatan anda.3
Jika anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan, sila hubungi doktor dan jururawat anda untuk mendapatkan sokongan.
Sesetengah pesakit mungkin memerlukan rawatan tambahan, seperti kursus kemoterapi yang lain atau pemindahan sumsum tulang.3 Selalunya, anda boleh pulang ke rumah sekurang-kurangnya seminggu antara rawatan ini.3 Belajarlah maklumat lebih lanjut mengenai pemindahan di sini.
Akses vena pusat (atau CVA) ialah cara memberikan rawatan antikanser terus ke dalam aliran darah.4 Ini membolehkan rawatan AML berfungsi untuk menghapuskan sel-sel kanser.
CVA ialah sejenis kateter atau ‘line’ khas yang dimasukkan ke dalam vena di lengan, leher atau di bawah tulang selangka. Ia membolehkan ubat-ubatan terus masuk ke dalam aliran darah.5 Doktor juga boleh mengambil sampel darah melalui kateter ini. CVA akan kekal di tempatnya sepanjang rawatan, ini mengelakkan doktor berulang kali menggunakan jarum untuk memberi ubat dan mengambil sampel darah.6
Jika anda mempunyai sebarang soalan atau kebimbangan, sila hubungi doktor dan jururawat anda untuk mendapatkan sokongan.
Malangnya, sesetengah orang yang dirawat untuk AML mungkin mengalami kesan sampingan yang serius atau tidak bertindak balas terhadap rawatan seperti yang diharapkan. Dalam kes ini, doktor sering mengaturkan pemindahan pesakit ke bahagian yang lain di dalam hospital. Biasanya, pesakit ini akan dipindah ke unit rawatan rapi (ICU) atau unit tanggungan tinggi (HDU). Unit-unit khas ini mempunyai lebih ramai jururawat, doktor dan peralatan supaya pesakit dapat dipantau dengan lebih teliti.
Semasa rawatan, badan pesakit bekerja keras untuk melawan leukemia akut (atau kanser darah), dan ini selalunya menyebabkan keletihan.7 Masa yang dikhaskan untuk berehat dan pemulihan adalah sangat penting untuk membantu meningkatkan tahap tenaga pesakit.7
Sebagai sokongan untuk pesakit, penetapan had waktu melawat (hanya boleh melawat dalam masa tertentu sehari) ialah satu dasar yang biasa. Had ini berbeza antara pelbagai hospital dan wad. Sila semak waktu lawatan wad anda dengan kakitangan kejururawatan.
Percubaan klinikal dilaksanakan untuk menyelidik rawatan dan ujian baharu yang berpotensi. Percubaan ini biasa ada kriteria khusus untuk penyertaan dan mungkin tidak mengambil peserta semasa rawatan anda. Doktor akan mengetahui percubaan klinikal yang mana sesuai bagi orang dengan AML di perantauan ini. Lawatan ke klinik ialah satu peluang yang baik untuk membincangkan perkara ini dengan doktor anda secara lebih lanjut.
Penerimaan diagnosis relaps ini boleh memilukan. Namun, sesetengah pesakit mendapati bahawa peningkatan pengetahuan perubatan mereka dapat membantu mengatasi kesedihan ini.
Tonton video ini untuk mendengar pandangan Alisdair tentang masanya di dalam hospital, dan bagaimana dia berjaya mengatasi relaps dengan keluarga mudanya di rumah.
Jane relaps tiga bulan selepas mencapai remisi. Dengarlah ceritanya dan nasihat Jane kepada orang lain yang mengalami relaps.
Apakah matlamat rawatan AML? Adakah rawatan sama untuk semua orang? Dapatkan jawapan untuk soalan-soalan ini dan lain-lain.
Bagaimanakah rawatan diberikan? Apakah itu ‘wad harian'? Dapatkan jawapan untuk soalan-soalan ini dan lain-lain.
Bagaimanakah pemindahan dilakukan? Siapakah yang akan diberikan rawatan pemindahan? Dapatkan jawapan untuk soalan-soalan ini dan lain-lain.
1. Saultz JN and Garzon R. Acute Myeloid Leukemia: A Concise Review. J Clin Med 2016; 5 20160305.
2. Leukemia and Lymphoma Society (LLS). Chemotherapy. https://www.lls.org/leukemia/acute-lymphoblastic-leukemia/treatment/chemotherapy [Last accessed: July 2023].
3. Blood Cancer UK. Acute Myeloid Leukemia Treatment phases. https://bloodcancer.org.uk/understanding-blood-cancer/leukaemia/acute-myeloid-leukaemia/aml-treatment-side-effects/aml-treatment-types-phases/ [Last accessed: July 2023].
4. NHS. Chemotherapy, https://www.nhs.uk/conditions/chemotherapy/. [Last accessed: July 2023]
5. Ge X, Cavallazzi R, Li C, et al. Central venous access sites for the prevention of venous thrombosis, stenosis and infection. Cochrane Database of Systematic Reviews 2012.
6. St. Georges Healthcare, NHS. Acute Central Venous Catheters. https://www.stgeorges.nhs.uk/wp-content/uploads/2014/07/Acute-venous-catheters.pdf [Last accessed: July 2023].
7. Blood Cancer UK. Blood Cancer and Fatigue. https://bloodcancer.org.uk/support-for-you/living-well/fatigue/ [Last accessed: July 2023].