Memahami Leukemia Mieloid Akut 

Leukemia Mieloid Akut, juga dikenali sebagai AML, ialah sejenis kanser darah yang boleh menjejaskan individu daripada pelbagai peringkat umur, tetapi penyakit ini lebih kerap berlaku kepada mereka yang berumur 60 tahun ke atas.

Tentang AML

Terdapat satu bahagian dalam yang lembut di dalam tulang besar kami yang dikenali sebagai sumsum tulang. Apabila sumsum tulang berfungsi secara normal, ia akan berfungsi seperti kilang darah yang cekap - menghasilkan sel darah merah dan putih, serta platelet yang sihat.2

Namun, bagi mereka yang mempunyai leukemia, kilang darah ini tidak dapat berfungsi secara normal. Sebaliknya, sumsum tulang mereka menghasilkan terlalu banyak sel darah putih yang tidak matang dan tidak berfungsi sehingga boleh menjadikannya bersifat kanser dan tidak normal.1 Ini juga dikenali sebagai ‘blast leukaemik’.3

Tanpa rawatan, kilang darah yang rosak ini menghasilkan sel darah putih yang tidak berfungsi secara berterusan, dan ini boleh mengakibatkan pelbagai simptom.4 Salah satu matlamat rawatan adalah untuk memperlahankan penghasilan sel darah putih yang tidak normal sehingga sel-sel darah putih ini tidak menimbulkan kebimbangan kepada doktor.1

Adakah anda perlu sokongan untuk memahami perkataan dan frasa khusus berkenaan AML? Dokumen Penerangan Terminologi kami memecahkan istilah dan frasa yang selalu digunakan.

Image of male doctor examining blood cells, with a zoomed in section of the blood cells Image of male doctor examining blood cells, with a zoomed in section of the blood cells

Baca Seterusnya

Image of doctor and patient Image of doctor and patient

Proses Diagnosis

Panduan untuk mereka yang hidup dengan Leukemia Mieloid Akut dan orang tersayang, dengan maklumat mengenai ujian dan bagaimana kanser ini didiagnosi.

Image of patient with 2 zoomed out sections showing a blood test and bone marrow test Image of patient with 2 zoomed out sections showing a blood test and bone marrow test

Rawatan AML 

Panduan mengenai rawatan Leukemia Mieloid Akut, apa yang boleh dijangkakan daripada rawatan di hospital dan di rumah, serta maklumat mengenai pemindahan sumsum tulang.

Image of a group of people talking Image of a group of people talking

Hidup Dengan AML

Sokongan untuk mereka yang hidup dengan Leukemia Mieloid Akut dan orang tersayang, termasuk tip-tip semasa pulang ke rumah, pencarian rutin baharu, dan pengurusan perasaan selepas rawatan.


Rujukan

1. Macmillan Cancer Support. Acute myeloid leukaemia (AML). https://www.macmillan.org.uk/cancer-information-and-support/leukaemia/acute-myeloid-leukaemia-aml [Last accessed: July 2023].

2. Cancer Research UK. What is acute myeloid leukaemia (AML)? https://www.cancerresearchuk.org/about-cancer/acute-myeloid-leukaemia-aml/about-acute-myeloid-leukaemia [Last accessed: July 2023].

3. Leukemia & Lymphoma Society. Acute Myeloid Lymphoma. https://www.lls.org/leukemia/acute-myeloid-leukemia [Last accessed: July 2023].

4. Blood Cancer UK. AML Symptoms and diagnosis. Available from: https://bloodcancer.org.uk/understanding-blood-cancer/leukaemia/acute-myeloid-leukaemia/aml-symptoms-diagnosis/ [Last accessed: July 2023]

5. American Cancer Society, What is Acute Myeloid Leukemia (AML)?. Available from: https://www.cancer.org/cancer/types/acute-myeloid-leukemia/about/what-is-aml.html [Last accessed: July 2023]

Penerangan Terminologi 

Belajar dan fahami terminologi yang berkaitan dengan Leukemia Mieloid Akut, atau AML, dalam Panduan Penerangan Terminologi kami.