Apakah pilihan rawatan yang sedia ada? 


Selepas diagnosis relaps, pasukan kesihatan akan menerangkan rawatan yang sesuai untuk anda.
 

Walaupun pilihan rawatan aktif mungkin berkurang selepas relaps, ada beberapa pilihan yang tersedia untuk merawat relaps. Ini bergantung kepada jenis AML dan faktor kelayakan lain seperti umur dan kecergasan. Rawatan yang berbeza mengambil masa yang berbeza di dalam hospital, dan faktor ini juga perlu dipertimbangkan. Kami telah meringkaskan rawatan yang paling biasa di bawah.


 

Mengutamakan keperluan anda:

Walaupun pasukan kesihatan akan membimbing anda membuat keputusan rawatan, sila diingati bahawa pilihan rawatan muktamad ialah pilihan yang dibuat oleh pesakit yang relaps sendiri dan orang tersayang mereka.
 

Memikirkan objektif kehidupan anda, keperluan anda, dan perkara yang anda ingin mendapat daripada rawatan anda sebelum membuat keputusan rawatan adalah satu idea yang baik. Anda boleh berbincang dengan pasukan kesihatan bagaimana mereka boleh bekerjasama dengan anda untuk memastikan keutamaan anda dipenuhi:


Pemindahan sumsum tulang

Pemindahan sumsum tulang, atau sel stem, adalah satu pilihan rawatan berdasarkan faktor kelayakan seperti umur, kesihatan umum, ketersediaan penderma, tindak balas anda kepada rawatan terdahulu dan sistem sokongan anda sebelum dan selepas pemindahan.5,6 Baca pemindahan sumsum tulang dengan lebih lanjut di sini.
 

Kemoterapi dan terapi sasaran

Penambahan pusingan kemoterapi, serta terapi sasaran seperti rawatan oral, juga boleh ditawarkan sebagai pilihan rawatan.1 Kelayakan anda untuk menerima rawatan ini akan diteliti dan dipantau oleh pasukan kesihatan anda.
 

Pilihan rawatan lain

Percubaan klinikal bertujuan untuk menyelidik rawatan dan ujian baharu yang berpotensi. Walapun kriteria untuk mengambil bahagian dalam percubaan klinikal adalah sangat khusus, pasukan kesihatan akan menasihati anda sama ada anda layak untuk mengambil bahagian dalam sebarang percubaan klinikal yang khusus untuk relaps berulang di dalam wilayah anda.
 

Sokongan holistik: sesetengah orang mencari pilihan rawatan alternatif atau holistik di luar hospital. Sila sentiasa berbincang perkara ini dengan pasukan kesihatan anda supaya mereka boleh mempertimbangkan rawatan ini semasa menjalani rawatan yang berterusan anda.
 

Pengurusan gejala yang berterusan (penjagaan paliatif)

 Dalam sesetengah kes, doktor anda mungkin akan memberitahu bahawa rawatan yang bertujuan untuk mencapai remisi tidak lagi menjadi pilihan terbaik atau bukan pilihan terbaik untuk mencapai keperluan anda dalam masa jangka panjang. Ini tidak bermakna tiada apa yang kami boleh buat. Dalam situasi ini, pasukan kesihatan akan mengutamakan keperluan fizikal, praktikal, sosial dan emosi anda, melalui satu jenis pengurusan, dipanggil 'penjagaan paliatif'.7,8


Walaupun istilah penjagaan paliatif mungkin menakutkan semasa mendengar, mengetahui bahawa definisi ini telah berubah dengan ketara adalah penting, dan penjagaan paliatif tidak sama dengan penjagaan terminal.7,8 NHS telah mentakrifkan penjagaan paliatif sebagai satu pengurusan yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti hidup kepada orang yang hidup dengan AML dan keluarga mereka, dan semakin dirujuk sebagai pengurusan gejala berterusan.7,8
 

Pengurusan ini menumpu kepada pengutamaan kualiti hidup anda, pencegahan dan kelegaan penderitaan melalui pengesanan awal, penilaian dan rawatan kesakitan yang betul, dan masalah lain. Pasukan kesihatan anda mungkin mengesyorkan ubat untuk melegakan kesakitan (analgesik), ubat untuk melegakan loya (antiemetik), ubat cirit-birit, dan transfusi, untuk mengurangkan gejala-gejala.7,8 Sila cartakan ubat yang anda ambil di dalam rumah supaya kemasukan ke hospital dapat dielakkan.
 

Mengetahui bahawa penjagaan paliatif boleh membantu anda menghadapi AML dari masa ke masa adalah penting. Sebagai contoh, penjagaan paliatif mengurangkan simptom melalui kelegaan sakit membolehkan anda menikmati aktiviti harian yang mungkin tidak dapat dilakukan tanpa penjagaan paliatif ini, seperti berjalan di dalam taman dan melawat keluarga.
 

Semasa mempertimbangkan penjagaan paliatif, ini ialah masa yang baik untuk anda dan orang yang anda sayangi untuk membayangkan dan memikirkan keperluan dan keutamaan peribadi anda, dan apa yang anda ingin mencapai daripada rawatan ini. Petakan keutamaan anda, seperti dalam rajah di atas, dan bincangkan perkara ini dengan pasukan kesihatan anda.


Mereka akan bekerjasama dengan anda untuk mencari pelan pengurusan gejala yang paling sesuai untuk anda.

Pasukan kesihatan anda akan memberikan pilihan dan cadangan mereka, namun keputusan muktamad tentang rawatan anda akan sentiasa menjadi milik anda. Oleh itu, bertanya soalan yang betul dan berasa anda mempunyai semua maklumat yang diperlukan untuk membuat keputusan ini adalah penting.

 

Senarai soalan berikut mungkin berguna untuk dibawa bersama-sama anda semasa menghadiri temu janji seterusnya. Ini boleh membantu membimbing anda dalam perbualan dengan pasukan kesihatan anda:
 


Jika terdapat sebarang perkataan atau istilah yang anda tidak fahami, dokumen
Penerangan Terminologi kami boleh membantu membimbing anda.

Rujukan

1. Leukaemia Care. Relapse in Acute Myeloid Leukaemia (AML). https://media.leukaemiacare.org.uk/wp-content/uploads/Relapse-in-Acute-Myeloid-Leukaemia-AML-Web-Version.pdf [Last accessed: July 2023].

2. Medical News Today. AML relapse: What it means and treatment options. https://www.medicalnewstoday.com/articles/aml-relapse [Last accessed: July 2023].

3. Hourigan CS, Karp JE. Minimal residual disease in acute myeloid leukaemia. Nat Rev Clin Oncol. 2013;10(8):460–471.

4. Thol F, Gancer A. Treatment of Relapsed Acute Myeloid Leukaemia. Curr Treat Options Oncol. 2020;21(8):66.

5. Saultz JN, Garzon R. Acute Myeloid Leukemia: A Concise Review. J Clin Med. 2016;5(3):33.

6. Gregory TK, Wald D, Chen Y, et al. Molecular prognostic markers for adult acute myeloid leukaemia with normal cytogenetics. J Hematol Oncol. 2009;2:23.

7. NHS inform. Palliative care. https://www.nhsinform.scot/care-support-and-rights/palliative-care [Last accessed: July 2023].

8. National Cancer Centre Singapore. Providing care through the final days. https://www.nccs.com.sg/patient-care/Pages/Providing-care-through-the-final-days.aspx

Penerangan Terminologi 

Belajar dan fahami terminologi yang berkaitan dengan Leukemia Mieloid Akut, atau AML, dalam Panduan Penerangan Terminologi kami.