Mengapakan relaps berlaku?
 


Relaps AML berlaku kerana sel AML kanser berubah dari masa ke masa.

Cuba fikirkan sel AML seperti rumpai di dalam taman—kami merawat rumpai untuk mengelakkannya tumbuh dan merebak ke seluruh taman, dan kami memilih rawatan yang terbaik untuk menghapuskan jenis rumpai yang tertentu. Inilah cara pasukan penjagaan kesihatan  menyasarkan dan merawat AML dalam peringkat awal.

  • Walaupun menggunakan racun rumpai boleh memusnahkan rumpai tertentu dengan berjaya, mungkin ada rumpai baru atau rumpai yang berbeza tertumbuh di dalam tempatnya. Ini boleh diperhatikan daripada pesakit AML yang mencapai remisi, dan sel AML kembali balik dan memerlukan rawatan baharu. Ini dikenali sebagai ‘relaps’.2


Dalam AML, pasukan kesihatan mungkin akan memantau penyakit sisa (MRD) yang boleh diukur, sebelum anda mengalami sebarang gejala.3 Fikirkan MRD seperti melihat rumpai di bawah tanah sebelum ia tumbuh, pasukan kesihatan boleh meramalkan jenis rumpai yang akan tumbuh di atas tanah. Penilaian ini dilakukan untuk membantu pasukan kesihatan bertindak dengan awal dan mengelakkan relaps jika boleh.3


Apabila relaps berlaku, pasukan kesihatan boleh mengesankannya melalui pemantauan dan ujian yang biasa. Sesetengah orang mungkin mengalami gejala baru atau gejala lama berulang. Jika pasukan anda mengesyaki bahawa anda mengalami relaps AML, ini akan disahkan melalui ujian,  termasuk ujian darah dan sumsum tulang. Doktor anda juga biasanya akan menjalankan ujian genetik yang lanjut dengan sel darah di dalam sumsum tulang anda. Ini memberi mereka maklumat tentang subjenis AML dengan lebih lanjut dan membolehkan mereka menyesuaikan rawatan anda dengan lebih tepat.4

Bergantung kepada masa anda berada dalam peringkat remisi, ini mungkin menjejaskan pilihan rawatan  anda. Contohnya, jika AML anda telah berada dalam keadaan remisi untuk masa yang lama (5+ tahun) – sesetengah rawatan yang anda terima sebelum boleh dipertimbangkan. Doktor anda akan dapat memberikan  maklumat khusus untuk situasi anda dengan lebih lanjut.

Adalah penting untuk diingati bahawa setiap diagnosis AML adalah unik dan rawatan yang berkesan untuk seseorang mungkin tidak berkesan untuk orang lain. Jika anda mengalami relaps, ini bermakna rawatan tertentu tidak lagi berfungsi untuk anda, dan anda perlu meneroka pilihan rawatan baharu dan berbeza.
 

Alisdair telah disahkan mengalami relaps selepas pusingan rawatan pertama. Tonton video ini untuk mengetahui bagaiman dia mengatasi relapsnya.

Adakah anda perlu sokongan untuk memahami perkataan dan frasa AML tertentu? Panduan Penerangan Terminologi kami boleh membantu menguraikan beberapa istilah dan frasa yang paling biasa.

Rujukan

1. Leukaemia Care. Relapse in Acute Myeloid Leukaemia (AML). https://media.leukaemiacare.org.uk/wp-content/uploads/Relapse-in-Acute-Myeloid-Leukaemia-AML-Web-Version.pdf [Last accessed: July 2023].

2. Medical News Today. AML relapse: What it means and treatment options. https://www.medicalnewstoday.com/articles/aml-relapse [Last accessed: July 2023].

3. Hourigan CS, Karp JE. Minimal residual disease in acute myeloid leukaemia. Nat Rev Clin Oncol. 2013;10(8):460–471.

4. Thol F, Gancer A. Treatment of Relapsed Acute Myeloid Leukaemia. Curr Treat Options Oncol. 2020;21(8):66.

5. Saultz JN, Garzon R. Acute Myeloid Leukemia: A Concise Review. J Clin Med. 2016;5(3):33.

6. Gregory TK, Wald D, Chen Y, et al. Molecular prognostic markers for adult acute myeloid leukaemia with normal cytogenetics. J Hematol Oncol. 2009;2:23.

7. NHS inform. Palliative care. https://www.nhsinform.scot/care-support-and-rights/palliative-care [Last accessed: July 2023].

8. National Cancer Centre Singapore. Providing care through the final days. https://www.nccs.com.sg/patient-care/Pages/Providing-care-through-the-final-days.aspx

Penerangan Terminologi 

Belajar dan fahami terminologi yang berkaitan dengan Leukemia Mieloid Akut, atau AML, dalam Panduan Penerangan Terminologi kami.