Apakah sokongan yang sedia ada untuk menangani relaps?

 


Selepas tempoh remisi, menerima diagnosis relaps mungkin sukar. Sesetengah orang mungkin merasakan ini adalah tamparan emosi kedua dan mungkin mengalami pelbagai emosi pada masa ini.

Sentiasa ada sokongan yang tersedia—dan seperti diagnosis awal anda, adalah penting untuk bergerak ke hadapan bersama-sama dengan keluarga, rakan dan pasukan penjagaan kesihatan anda. Baca lebih lanjut tentang mencari rutin selepas diagnosis di sini.

Jane didiagnosis dengan AML pada tahun 2014 dan AML relaps tiga bulan selepas mencapai remisi. Dengar cerita dan nasihatnya untuk orang lain.

 

Saya menerima diagnosis relaps AML:

 

  • Berikut ialah beberapa panduan untuk orang yang mengalami relaps AML:
    • Cuba mendapat jawapan untuk soalan anda sebelum meninggalkan hospital, dan pastikan anda mengetahui langkah seterusnya dengan teliti, sama ada lebih banyak ujian, rawatan lanjut atau penjagaan paliatif. Jika anda ingin mendapat maklumat secara bertulis semasa perundingan dengan doktor, anda boleh meminta daripada pakar hematologi anda.
    • Jika anda berasa stres atau mempunyai banyak soalan selepas jumpa doktor anda, tuliskan semua soalan dalam satu senarai dan bawakannya semasa menghadiri perundingan seterusnya supaya doktor boleh menjawab semua soalan anda.
    • Ingat berbincang dengan pasukan kesihatan anda mengenai perkhidmatan sokongan tambahan yang sedia ada, seperti kaunseling dan kumpulan sokongan khusus untuk mereka yang mengalami relaps.
    • Luahkan fikiran dan perasaan anda, sama ada dengan keluarga anda, doktor anda atau pekerja sosial perubatan kerana ini boleh membantu anda meletakkan perkara dalam perspektif dan membantu anda menangani relaps dengan lebih baik.
    • Buatkan senaman kesedaran dan pernafasan boleh melegakan sebarang tekanan, membolehkan anda menerima diagnosis dan menangani emosi anda.
    • Sambungkan rutin harian anda atau menikmati aktiviti-aktivitiy yang anda suka, seberapa banyak yang anda boleh, dan merancangkan perjalanan ini berikut keadaan sendiri.

 

 

Orang yang tersayang saya menerima diagnosis relaps AML:

 

  • Berikut ialah beberapa panduan untuk keluarga dan orang tersayang:
    • Adalah penting untuk mengambil perhatian bahawa hampir setiap perkhidmatan sokongan yang diberikan kepada orang tersayang anda juga akan sedia ada untuk anda. 
    • Pastikan anda meluangkan masa untuk bercakap dengan pasukan kesihatan orang tersayang anda untuk memahami perkhidmatan sokongan yang sedia ada dalam hospital, komuniti dan laman web. Jika perlu, doktor boleh merujuk anda kepada pekerja sosial perubatan untuk menerima sokongan sebagai penjaga. 
    • Jika boleh, cuba bersamping orang yang tersayang anda semasa menerima diagnosis mereka dan, jika mereka perlukan anda, temani mereka melawat hospital/temu janji.
    • Galakkan mereka untuk bercakap dengan pasukan kesihatan tentang pengalaman mereka tetapi sila hormati keputusan mereka jika mereka tidak ingin berkongsi.
    • Cuba mencari matlamat bersamaan dengan orang yang tersayang anda, seperti menyertai latihan harian atau aktiviti lain dengan mereka.
    • Adalah penting bahawa anda menjaga sendiri—luangkan masa untuk berehat, menyambung kembali rutin harian anda, melibati dalam hobi atau melawat rakan anda.

Rujukan

1. Leukaemia Care. Relapse in Acute Myeloid Leukaemia (AML). Available at https://media.leukaemiacare.org.uk/wp-content/uploads/Relapse-in-Acute-Myeloid-Leukaemia-AML-Web-Version.pdf. Accessed on 7August2023.

2. Medical News Today. AML relapse: What it means and treatment options. Available at https://www.medicalnewstoday.com/articles/aml-relapse. Accessed on 7August2023.

3. Hourigan CS, Karp JE. Minimal residual disease in acute myeloid leukaemia. Nat Rev Clin Oncol. 2013;10(8):460–471.

4. Thol F, Gancer A. Treatment of Relapsed Acute Myeloid Leukaemia. Curr Treat Options Oncol. 2020;21(8):66.

5. Saultz JN, Garzon R. Acute Myeloid Leukemia: A Concise Review. J Clin Med. 2016;5(3):33.

6. Gregory TK, Wald D, Chen Y, et al. Molecular prognostic markers for adult acute myeloid leukaemia with normal cytogenetics. J Hematol Oncol. 2009;2:23.

7. NHS inform. Palliative care. Available at https://www.nhsinform.scot/care-support-and-rights/palliative-care. Accessed on 7August2023.

8. National Cancer Centre Singapore. Providing care through the final days. https://www.nccs.com.sg/patient-care/Pages/Providing-care-through-the-final-days.aspx

Penerangan Terminologi 

Belajar dan fahami terminologi yang berkaitan dengan Leukemia Mieloid Akut, atau AML, dalam Panduan Penerangan Terminologi kami.